Kekejaman zionis terhadap rakyat palestin bukan setakat mengorbankan mereka, tetapi membuatkan mereka yang cedera mungkin mengalami kecacatan seumur hidup dan menderita. Tahukah kita semua, dalam serangan terbaru rejim zionis terhadap semenanjung gaza adalah menggunakan senjata nuklear berasaskan bahan radioaktif Uranium. Ini disahkan oleh doktor-doktor yang merawat mangsa yang cedera. Hampir 80% rakyat palestin yang cedera terdapat kesan Uranium pada anggota badan.
senjata nuklear yang mengandungi bahan radioaktif (uranium)
Uranium merupakan bahan radioaktif semulajadi yang boleh dijumpai di bumi khususnya dalam batu batan. Ia mempunyai radioaktiviti tersendiri dan mempunyai tahap radiasi yang boleh membahayakan manusia serta digunakan untuk membuat senjata nuklear, bom atom dan untuk janakuasa nuklear. Kesan bahaya boleh dilihat selepas pengguguran bom atom di Hiroshima dan nagasaki Jepun. Kesannya bukan sehari dua, tetapi menyebabkan mangsa terdedah kepada radiasi selama berpuluh-puluh tahun yang mengundang pelbagai penyakit yang seterusnya membawa maut ataupun kecacatan kekal. Oleh sebab itulah penggunaan bom atom diharamkan, tetapi sekarang Israel yang mendapat restu Amerika menggunakan senjata nuklear yang mengandungi uranium sewenang-wenangnya terhadap rakyat palestin.
Uranium
Lihatlah sendiri kesan kekejaman zionis....
No comments:
Post a Comment