Sebagaimana kita ketahui bahawa, loji nuklear menggunakan bahan radioaktif Uranium235 sebagai bahannya. Loji nuklear akan menghasilkan sisa-sisa radioaktif pada semua peringkat penghasilan tenaga elektrik.
Semasa operasi loji tersebut, sisa yang dihasilkan akan dibebaskan ke persekitaran. Ini termasuklah pembebasan gas ke atmosfera, pengaliran sisa cecair kedalam sungai ataupun laut. Sisa bahan radioaktif juga dihasilkan apabila proses pengayaan Uranium dijalankan. Atom-atom berat akan terhasil melalui pelanggaran Uranium dengan neutron.
Sisa-sisa tersebut perlulah diproses, disimpan dan seterusnya dibuang setelah didapati selamat untuk persekitaran dan manusia. Sekiranya sistem pembuangan sisa radioaktif tersebut mengikut prosedur yang betul, penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik adalah selamat dan baik kepada manusia. Tetapi sekiranya pengurusan pembuangannya tidak dijaga, bahaya besar akan melanda persekitaran dan manusia. Jika terlepas ke udara, akan membahayakan kesihatan manusia dan haiwan. Begitu juga jika terlepas kesungai atau laut yang seterusnya akan menjadi makanan ikan dan memberi kesan buruk kepada manusia yang memakan ikan tersebut.

No comments:
Post a Comment