Kemalangan Radiasi yang berlaku dalam reaktor nuklear di Chernobyl adalah kemalangan yang sangat dahsyat. Ia terjadi apabila tindak balas pembelahan berantai berlaku secara tidak terkawal. Proses pembelahan dalam reaktor nuklear memerlukan kawalan yang betul-betul terperinci. Apabila pembelahah berlaku secara berlebihan, maka ia perlu di perlahankan dengan memasukkan rod-rod yang diperbuat daripada karbon. Rod-rod ini berfungsi untuk menyerap neutron berlebihan dan mengurangkan kadar pembelahan nuklear yang berlaku.
Letupan yang berlaku di Chernobyl berlaku semasa proses menguji tahap kawalan proses pembelahan berantai menggunakan kaedah manual. Kebiasaannya proses pembelahan berantai dilakukan oleh komputer, tetapi mereka menggunakan tenaga manusia untuk mengawal proses tersebut. Hasilnya, tindak balas pembelahan berantai tidak dapat dikawal dan berlakunya letupan dan kemalangan radiasi terhadap pekerja reaktor nuklear terbabit serta penduduk sekitarnya.
Pengajaran yang boleh diambil oleh negara yang ingin memajukan reaktor nuklear ialah, proses pembelahan nuklear dalam reaktor nuklear harus diberi perhatian yang terperinci dan hanya dikawal menggunakan komputer bukannya manusia. Ini kerana manusia tidak dapat menjangkakan dengan tepat bila berlakunya pembelahan yang berlebihan dan perlu diperlahankan.

No comments:
Post a Comment