Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa pendedahan kepada radiasi seperti sinar-x(x-ray) , sinar gamma, ataupun sumber radioaktif melebihi dos yang dihadkan boleh mendatangkan bahaya. Radiasi yang mengenai tubuh manusia akan bertindakbalas dengan sel-sel DNA sama ada secara terus ataupun tidak. Ini menyebakan sel DNA dalam badan kita rosak atau musnah. Ini boleh menyebabkan mutasi genetik yang boleh membawa kepada pertumbuhan sel kanser dan masalah genetik. Radiasi juga boleh menyebabkan kulit terbakar atau dipanggil erythema serta kemandulan.
Pengguguran bom atom di hiroshima dan nagasaki
Lihat kesan yang berlaku kepada penduduk hiroshima dan nagasaki jepun selepas peristiwa pengguguran bom atom. Bom atom mempunyai tahap radiasi yang tinggi sehingga membawa kepada kemusnahan bukan sahaja kepada alam, tetapi kepada tubuh badan manusia dalam jangkamasa yang panjang.

Anda boleh lihat gambar diatas yang menunjukkan kesan terdedah kepada dos radiasi yang tinggi selepas pengeboman di hiroshima dan nagasaki, Jepun semasa perang dunia ke-2.
Kesan radiasi juga boleh menyebabkan kulit terbakar atau dipanggil erythema. Ini dapat dilihat kepada pekerja di loji nuklear Chernobyl yang berlaku kemalangan besar di loji tersebut pada tahun 1986. Begitu juga dengan pesakit kanser yang mendapat rawatan melalui tembakan sinar-X bervoltan tinggi. Jika dos radiasi berlebihan, ia akan menyebabkan kesan terbakar pada kulit.
Kesan terdedah kepada radiasi
Kesan terdedah kepada radiasi
No comments:
Post a Comment