Sunday, January 18, 2009

Bagaimana Loji Janakuasa Nuklear Beroperasi?

Loji janakuasa nuklear beroperasi dengan menggunakan proses penguraian sebagai asasnya. Bahan2 yang boleh terurai seperti bahan radioaktif, sebagai contohnya Uranium 235. Uranium235 merupakan bahan semulajadi yang ada dalam bumi kita.

Loji janakuasa nuklear

Bahagian pertama kitaran nuklear adalah proses pengayaan Uranium. Oleh kerana Uranium235 yang wujud secara semulajadi tidak mempunyai cukup kepekatan untuk mengekalkan penguraian dalam reaktor, proses pengayaan ini dapat dapat membekalkan kepekatan yang cukup bagi mengekalkan proses penguraian tersebut. Proses ini amat sukar dan isotop yang terhasil adalah Uranium238 yang mempunyai sifat kimia dan sifat fizikal yang sama dengan Uranium235.

Pengayaan Uranium boleh digunakan untuk menghasilkan tindak balas penguraian berantai dalam reaktor nuklear. Tenaga yang terhasil melalui penguraian digunakan untuk memanaskan air dan seterusnya menghasilkan wap air. Wap air tersebutlah yang akan memacu generator elektrik dan menghasilkan tenaga elektrik.

Proses penghasilan elektrik menggunakan tenaga nuklear

Oleh itu, kita harus sedar bahawa penggunaan tenaga nuklear untuk loji janakuasa elektrik adalah suatu tindakan yang baik. Ini kerana kosnya yang lebih murah, efektif dan selamat berbanding cara lain. Tidak salah lah apa yang dilakukan oleh Iran yang membina loji nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik dan ia merupakan satu tindakan yang bijak.

Sampai bilakah negara kita akan bergantung kepada kaedah yang sedia ada yang mungkin suatu hari nanti sumbernya akan pupus seperti penggunaan arang batu.


No comments:

Post a Comment