Saturday, January 3, 2009

Radiasi?



Radiasi berasal dari istilah inggeris, radiation. Ia berasal dari perpindahan tenaga dari satu tempat ke satu tempat. Terdapat 2 jenis radiasi utama yang wujud dalam alam semesta kita iaitu sinaran mengion (ionizing radiation) dan sinaran tak terion (non-ionizing radiation). Kedua-dua jenis radiasi ini ada faedah dan bahayanya yang tersendiri kepada manusia. Sememangnya alam semesta ini mempunyai radiasi semulajadi atau dipanggil background radiation dan manusia terdedah kepanya setiap hari seperti cahaya UV (Ultraviolet) dari sinaran matahari.



Punca-Punca Radiasi:

1. Semulajadi: seperti dalam bumi dan dari kosmik
2. Buatan Manusia: seperti digunakan dalam bidang perubatan (X-ray, CT scan)
3.Lain-lain: seperti kitaran bahan bakar nuklear




No comments:

Post a Comment