Monday, January 19, 2009

Malaysia ketinggalan dalam teknologi nuklear?

Bersaing dalam bidang nuklear untuk menghasilkan keamanan bukanlah suatu yang negatif. Sebagai contohnya penggunaan loji nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik. Malaysia dikatakan agak ketinggalan dalam bidang ini berbanding Indonesia dan Thailand. Walaupun kita mempunyai Agensi Nuklear Malaysia yang dulunya dikenali sebagai MINT, tetapi kita kalah kepada 2 negara jiran tersebut. Malaysia hanya boleh berbangga dengan loji nuklear satu megawatt yang digunakan untuk penyelidikan, tetapi Indonesia dalam proses menghasilkan loji nuklear yang berkuasa 4000 megawatt di jawa tengah. Thailand pula bersiap sedia untuk menghasilkan loji nuklear bertenaga 1000 megawatt di daerah Prachuab Khirikhan. Tetapi yang lebih mengejutkan, negara yang tidak stabil seperti vietnam juga mempunyai loji nuklear 500 kilowatt.

Salah satu loji nuklear di Russia

Malaysia sebenarnya mempunyai kepakaran yang lebih hebat dari negara-negara tersebut, tetapi mengapakah kepakaran ini tidak digunakan untuk meningkatkan penghasilan tenaga elektrik menggunakan loji nuklear. Penggunaan arang batu yang sedia ada tidak mesra alam kerana akan membebaskan gas karbon dioksida ke persekitaran. Tenaga elektrik yang dihasilkan juga kurang berbanding penggunaan janakuasa nuklear.


Rakyat negara ini pula perlu diberi penjelasan secukupnya kerana mereka sebenarnya kurang maklumat dan pendedahan berkaitan bidang nuklear. Yang bermain difikiran mereka hanyalah kesan negatif penggunaan nuklear seperti pembuatan bom. Kita semua harus sedar bahawa tenaga nuklear adalah anugerah Allah yang boleh digunakan untuk tujuan kebaikan (perubatan, penyelidikan, tenaga elektrik) dan tidak disalahgunakan seperti kuasa besar seperti US dan negara Eropah.




1 comment: