Saturday, January 10, 2009

Bagaimana menyekat radiasi semulajadi......

Secara prinsipnya terdapat 3 jenis radiasi yang terjadi secara semulajadi:

1. Sinar Alpha (Alpha radiation)
2. Sinar Beta (Beta radiation)
3. Sinar Gamma (Gamma radiation)


Bagaimana ia terjadi?????

Sinar Alpha
Biasanya terhasil dalam unsur radioaktif yang mempunyai nukleus yang berat. Nukleus berat bermaksud atomnya mempunyai bilangan proton melebihi 82.

Helium merupakan contoh unsur yang boleh mengeluarkan sinar alpha. Sinar alpha merupakan sinar yang mempunyai kuasa penembusan paling kurang dan tidak boleh menembusi kulit manusia dan boleh disekat dengan menggunakan sehelai kertas.

Sinar Beta
Sinar Beta terhasil apabila proton dalam nukleus menjadi neutron ataupun sebaliknya. Zarah beta dipanggil positron ataupun elektron. Positron adalah electron bercas positif.

Sinar Beta adalah sinar yang mempunyai kuasa penembusan tahap sederhana dan boleh menembusi kulit manusia.

Sinar Gamma
Bagaimana ia terhasil? Bila nukleus mengalami penstrukturan semula antara neutron dan proton nya. Sinar gamma adalah sinaran electromagnet berfrekuensi tinggi dan berkebolehan untuk menembusi secara terus kedalam badan manusia.

Bagaimana anda ingin menyekat sinar-sinar semulajadi tersebut?


Anda perlu tahu sinar alpha boleh disekat hanya dengan menggunakan sehelai kertas. Sinar tersebut tidak dapat menembusi ketebalan sehelai kertas apatah lagi ketebalan kulit manusia. Tetapi anda harus ingat bahawa sinar alpha paling berbahaya jika dapat memasuki tubuh badan kita jika tertelan. Ia 20 kali lebih bahaya berbanding sinar beta dan gamma. Ini kerana zarah alpha adalah berat dan membawa cas elektrik yang besar. Plutonium merupakan contoh radioaktif yang mengeluarkan sinar alpha dan dikategorikan sebagai berbahaya.



Sinar Beta pula boleh disekat menggunakan sekeping aluminium. Tetapi bagi sinar gamma yang berfrekuensi tinggi, sinar ini hanya akan berhenti jika disekat menggunakan lead.

No comments:

Post a Comment