Sunday, March 1, 2009

Bagaimana mengenalpasti kenderaan membawa bahan radioaktif?

Pengangkutan bahan radioaktif terbahagi kepada 2 bahagian iaitu dalam premis dan pengangkutan di luar premis. Pengangkutan di luar premis melibatkan jalanraya awam dan memerlukan permohonan lesen untuk mengangkut bahan tersebut dan tertakluk kepada Peraturan Perlindungan sinaran (Pengangkutan) 1989.

Pengangkutan bahan radioaktif dalam premis tidak tertakluk kepada peraturan tersebut. Walaubagaimanapun harus menepati kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa (AELB) seperti:

1) Mestilah dalam bungkusan yang sesuai seperti ketebalan pendinding (Shielding) yang mencukupi dan dilabelkan.
2)Aras radiasi pada permukaan luar bungkusan mestilah tidak melebihi 2microSv per jam.
3)Aras cemaran atau kontaminasi pada permukaan luar mestilah dalam lingkungan yang dibenarkan ;
kurang dari 0.4Bq/cm2 untuk pemancar beta dan gamma
kurang dari 0.04Bq/cm2 untuk pemancar alpha


Namun pengangkutan di luar premis mestilah mengikut Peraturan Perlindungan Sinaran (pengangkutan) 1989.Bagaimana anda mengenali kenderaan yang membawa bahan radioaktif atas jalan raya. Anda boleh lihat pada badan kenderaan tersebut memaparkan logo sama ada berwarna putih atau kuning berbentuk empat segi. Pada label tersebut terdapat lambang radiation berbentuk seperti kipas dan tertera angka 7 di bahagian bawah. Angka 7 ini ialah angka yang telah dipersetujui oleh PBB untuk bahan radioaktif.

Contoh logo yang mesti dipamerkan semasa pengangkutan bahan radioaktif